• 2023-09-14 10:03 PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes, yang sedang dijalankan.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka ialah Mona Lisa Ismail, 45, yang beralamat terakhir di Lot 2589, Jalan Lapangan Terbang, Kuching, Sarawak dan Mohd Rizwan M Ismail, 30, yang mempunyai alamat terakhir di Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah.

Seorang lagi individu yang dikesan suruhanjaya itu bagi pengurusan kes mahkamah ialah Brandy Anak Nanda, 36, dengan alamatnya yang terakhir dikesan di Kampung Biawak, Lundu, Sarawak.

“Brandy gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Kuching Sarawak bagi tujuan sebutan kes yang telah ditetapkan, dan status waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah,” menurut kenyataan itu.

SPRM berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu tersebut, diminta menghubungi pegawai penyiasat Khairil Ammar Faisal Azman di talian 018-5714510 atau emel ke khairilammar@sprm.gov.my. -Bernama