KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
“Mahkamah memutuskan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah.
Oleh itu, tertuduh didapati bersalah di atas kesemua pertuduhan,” kata Hakim Azhar. -Bernama