the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri cedera melecur selamatkan diri dari rumah terbakar

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Sepasang suami isteri cedera melecur ketika menyelamatkan diri daripada rumah mereka yang terbakar di Kemaman, Terengganu.

CHUKAI: Sepasang suami isteri cedera melecur ketika menyelamatkan diri daripada rumah mereka yang terbakar di Kampung Tok Kapor, Binjai di sini.

Muhammad Haris Kamaruddin, 25, dan isterinya yang berasal dari Thailand, Miss Hananee, 29, melecur pada muka, tangan dan kaki akibat disambar api.

Mereka diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan bomba sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.51 pagi.

Sebanyak 21 pegawai dan anggota dari BBP Chukai dan BBP Kemaman bergegas ke lokasi kejadian yang berlaku kira-kira 2.45 pagi.

“Sebaik tiba, api sedang marak dan kesemua penghuni rumah itu berjaya keluar sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 50% rumah tersebut.

Sebuah motosikal Yamaha RXZ hangus terbakar 100% manakala sebuah kereta Perodua Myvi terbakar hampir 15%.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

Operasi pemadaman sepenuhnya ditamatkan pada 5.07 pagi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings