SEORANG pemandu kereta berjenama Jaecoo di Pulau Pinang baru-baru ini telah membuat seorang pemandu lain marah dan kecewa setelah melakukan ‘double park’ serta menghalang kereta lain keluar tanpa meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.
Pemandu tersebut kemudiannya tiba semula ke kereta beliau tanpa rasa bersalah dan langsung tidak minta maaf sebelum mengalih keretanya kini menerima kritikan meluas selepas satu hantaran Facebook mengenai kejadian itu menjadi tular.
Dalam satu hantaran, Andrew Liew berkongsi pengalaman kecewanya selepas mendapati keretanya dihalang oleh sebuah Jaecoo berwarna hitam di luar deretan kedai di Pulau Pinang.
Selain menghalang pergerakan kereta lain pemandu itu juga gagal meninggalkan nombor telefon, menyebabkan Andrew terkandas lebih daripada sejam sementara menunggu kenderaan itu dialihkan.
Bagaimanapun, sikap acuh tak acuh pemandu itu yang mencetuskan kemarahan yang besar.
“Sikap dia sangat biadab, berlagak seperti tiada apa-apa berlaku. Dia terus berjalan masuk ke dalam keretanya dan mengabaikan saya,” tulis Andrew, meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila tiada lansung permohonan maaf yang dibuat.
Hantaran itu dengan cepat mendapat perhatian, menarik gelombang kritikan daripada netizen terhadap tingkah laku pemandu yang tidak bertimbang rasa itu.
“Betapa pentingkan dirinya anda sehingga sanggup ‘double park’ untuk kemudahan sendiri dan menyusahkan orang lain,” komen Stann Low.
Ramai netizen juga menasihati Andrew untuk melaporkan perkara itu kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Menjawab cadangan itu, Andrew menjelaskan bahawa dia telah mencuba.
“Saya ada menelefon MBPP, tetapi tiada siapa yang menjawab, ia pada waktu makan tengah hari. Saya juga membuat laporan melalui talian HOTLINE, tetapi ia tidak berguna jika pesalah pergi sebelum sebarang tindakan dapat diambil,” katanya.
“Saya biasanya seorang yang sabar dan memahami, tetapi lelaki ini memang melampau. Walaupun ‘maaf’ yang mudah pun tak ada? Susah sangatkah nak tinggalkan nombor telefon? Saya siap pergi bertanya di kedai-kedai berdekatan jika mereka tahu kereta siapa itu,” tambahnya.
Beberapa pengguna seterusnya menasihatinya untuk menghubungi polis secara terus pada masa hadapan sekiranya melibatkan pemandu yang menghalang dan tidak bekerjasama.