the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah syarikat didakwa menipu urusan pembekalan kaki ayam sejuk beku

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu melibatkan urusan pembekalan kaki ayam sejuk beku ke China, dua tahun lepas.

R. Gopinatan Pillai, 60, didakwa memperdayakan seorang individu supaya mempercayai tertuduh boleh membekalkan kaki ayam sejuk beku untuk dihantar ke China, sehingga menyebabkan mangsa memasukkan RM273,987.50 ke dalam akaun bank milik syarikat tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pejabat di Menara Sentral Vista, Jalan Sultan Abdul Samad, di sini pada 5 Julai 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin terhadap Gopinatan yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh atas satu kesalahan lain.

Bagaimanapun, tertuduh memaklumkan peguamnya tidak hadir pada hari ini dan akan membuat rayuan berkenaan jaminan pada tarikh sebutan kes akan datang.

Hakim Hamidah Mohamed Deril menetapkan 2 Sept ini untuk sebutan kes dan rayuan jaminan – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings