the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tengku Zafrul mahu penyelesaian segera isu kontrak Pearly-Thinaah

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyeru agar isu kontrak melibatkan Pearly Tan dan M. Thinaah diselesaikan dengan segera, sambil menyatakan harapan agar pasangan itu terus kekal bersama skuad kebangsaan.

Beliau berkata adalah penting bagi pasukan kebangsaan mengekalkan kestabilan dan fokus, khususnya kepada pemain yang sedang membuat persiapan menghadapi kejohanan utama.

“Perkara seperti ini ada kalanya tidak bagus dalam usaha kita untuk memberikan fokus 100 peratus kepada apa yang ingin dicapai.

“Kedua, kita perlu memastikan semua pemain kekal bersama BAM. Jadi, saya telah meminta pihak pengurusan untuk mencuba sedaya upaya memastikan mereka kekal,” katanya kepada pemberita selepas melawat sesi latihan pemain kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pasangan berkenaan masih belum menandatangani kontrak baharu bersama BAM selepas kontrak terdahulu tamat pada Disember lepas.

Di sebalik ketidaktentuan masa depan mereka bersama BAM, Pearly-Thinaah tetap menunjukkan prestasi cemerlang apabila menjuarai Terbuka Thailand pada Mei.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata BAM masih dalam usaha memperkukuh garis panduan bagi pemain yang sedang melalui proses peralihan keluar daripada skuad kebangsaan.

“Saya rasa kita perlu melihat perkara ini secara objektif kerana kita tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.

“Namun pada masa yang sama, seperti yang saya nyatakan, kita mahu fokus kepada hasil,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings