the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

1,800 anggota URB lakukan rondaan sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,800 anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan 2,870 unit kereta peronda polis akan ditugaskan melakukan rondaan di taman perumahan dan kawasan berisiko tinggi sepanjang tempoh cuti sempena Aidilfitri minggu depan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata rondaan bertujuan memastikan tiada kejadian seperti pecah masuk berlaku di kawasan kediaman susulan orang ramai yang pulang ke kampung.

“Rondaan juga akan melibatkan kilang, kawasan perniagaan serta lokasi panas lain. Individu yang ingin pulang ke kampung digalak memaklumkan perkara itu kepada polis dan mengisi borang balik kampung agar pengawasan dapat dilakukan,“ katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya anjuran Petron Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia Shaliza Mohd Sidek.

Wan Hassan berkata selain mengisi borang balik kampung secara manual dan menghantarnya ke balai polis berhampiran, orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol.

Mengenai program keselamatan berkenaan, beliau menasihati orang ramai yang memandu pulang ke kampung supaya mendapatkan rehat secukupnya bagi mengelak risiko kemalangan disebabkan oleh ‘microsleep’ atau terlelap sejenak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings