the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Senoi Praaq dikerah perkukuh kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok

KOTA BHARU: Pasukan Senoi Praaq akan dikerahkan untuk membantu pengoperasian Pasukan Gerakan Am (PGA) sedia ada bagi menjaga sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok bermula 1 Dis ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata lebih 90 anggota pasukan berkenaan adalah daripada PGA Senoi Praaq di Bidor dan Pengkalan Hulu, Perak, yang akan ditempatkan di sepanjang pos-pos sempadan itu.

Beliau berkata keputusan untuk menugaskan keanggotaan pasukan itu di sempadan negara juga telah dipersetujui Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

“Seperti sedia maklum, kita tahu pasukan Senoi Praaq yang diterajui masyarakat Orang Asli ini memang tegas dan mereka ini sangat mematuhi arahan ketua.

“Insya-Allah, isu ketirisan dan salah guna kuasa di sempadan negara akan dapat dikawal termasuklah di sempadan sebelah utara,“ katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings