the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan enam lelaki warga Bangladesh di Muar, tumpas sindiket ‘along’

JOHOR BAHRU: Polis menahan enam lelaki warga asing di sekitar daerah Muar dua hari lepas, yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Muar Raiz Mukhliz Aznan Aziz berkata kesemua suspek warga Bangladesh yang berusia 26 hingga 40 tahun itu ditahan oleh petugas bahagian siasatan jenayah komersial Ibu Pejabat Polis Daerah pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Beliau berkata pihaknya turut merampas tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama, lima beg silang pelbagai jenis, 187 keping kad ATM serta wang tunai RM176,250 yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan ‘Along’ oleh suspek.

“Siasatan mendapati suspek menyasarkan pekerja warga Bangladesh di daerah ini dengan mengenakan kadar faedah tertentu, dan mereka turut menahan kad ATM milik peminjam, sehingga pinjaman dilunaskan.

“Kesemua suspek direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings