the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekretariat tetap akan ditubuh koordinasi keperluan tenaga kerja di KHTP – Ahmad Zahid

KULIM: Kerajaan akan menubuhkan sekretariat tetap bagi mengkoordinasikan keperluan tenaga kerja berkemahiran untuk memenuhi permintaan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), di sini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu diputuskan Jemaah Menteri bagi menyelesaikan antara permasalahan yang dibangkitkan pelabur dari dalam dan luar negara di taman perindustrian itu.

“Permasalahan itu antaranya dalam soal memperoleh pekerja-pekerja mahir dan tenaga profesional. Apa yang telah kita putuskan dalam tempoh dua minggu dari sekarang, kita akan mengambil beberapa tindakan dan memutuskan beberapa perkara.

“Satu daripadanya kita menubuhkan sekretariat tetap bagi mengkoordinasikan keperluan guna tenaga yang berkemahiran untuk memenuhi permintaan pekerja-pekerja bagi setiap industri di KHTP,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke KHTP di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun setiap pemain industri di KHTP mempunyai keperluan tenaga kerja yang berbeza, institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tertentu mampu menyediakan tenaga kerja bermahiran yang diperlukan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata bagi mengatasi masalah perpindahan tenaga kerja dari satu syarikat ke syarikat lain di KHTP, kerajaan mencadangkan agar perjanjian persefahaman diwujudkan antara semua pemain industri di KHTP.

Selain itu, permasalahan lain yang dibangkitkan pelabur di KHTP adalah kemudahan infrastruktur kesihatan yang terhad serta kesesakan lalu lintas di taman perindustrian itu khususnya pada waktu puncak.

“Selain itu, kita juga akan memperincikan tentang pusat latihan pascasiswazah dan ini penting kerana terdapat industri yang memerlukan tenaga profesional pascasiswazah. Kolaborasi dengan universiti berdekatan terutamanya yang berada di sekitar 30 kilometer radius dari (KHTP) akan dilakukan.

“Kita juga harus melakukan koordinasi dengan Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia, kini terdapat enam universiti teknikal yang menjana beberapa kursus yang bersesuaian dengan kehendak pasaran industri dan ini kita akan lakukan,” katanya.

Mengulas mengenai tawaran gaji lebih tinggi yang menyebabkan siswazah dalam bidang kejuruteraan negara ini berhijrah ke negara jiran, Ahmad Zahid berkata perkara itu akan dibawa ke Kementerian Sumber Manusia untuk dbincangkan.

“Perkara ini bukan sahaja dihadapi di KHTP tetapi zon ekonomi khas di Johor, iaitu gaji minimumnya ialah S$1,500 sama dengan RM5,225. Jadi ini bukan masalah di sini saja dan kita akan bawa maklumat ke Kementerian Sumber Manusia,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Turut hadir pada program itu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Haim Hilman Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd Datuk Mohd Sahil Zabidi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings