the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak komiited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak komited untuk mengutamakan tenaga solar berskala besar, biotenaga termasuk biogas dan biojisim, pemprosesan sisa kepada tenaga serta kawasan storan hidro pam untuk menangani ‘intermittency’ (ketidakkonsistenan) tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi penjanaan tenaga bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.

“Kekuatan kami adalah hidrogen dan jika kami mampu menjananya pada harga yang lebih kompetitif, Malaysia boleh menjadi salah satu pemain besar,” katanya kepada media selepas merasmikan MIDA Invest Series bertajuk ‘Sarawak unfolding its business potentials’ di sini hari ini .

Abang Johari berkata kos untuk menghasilkan hidrogen hijau akan menjadi lebih murah dalam tempoh 10 tahun dengan kemajuan teknologi pengeluaran dan mungkin akan bersaing dengan bahan api fosil seperti diesel.

“Akhirnya…anda tidak akan memerlukan sebarang subsidi lagi untuk diesel kerana mempunyai tenaga alternatif,“ katanya.

Ketika ini, kerajaan Sarawak sedang meneroka pelbagai teknologi baharu yang boleh menjana lebih banyak sumber TBB bagi mencapai sasarannya menghasilkan 10 gigawatt (GW) kuasa menjelang 2030.

Acara tersebut anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan kerajaan negeri Sarawa bertujuan untuk menyerlahkan landskap perniagaan dinamik Sarawak, mempersembahkan peluang perniagaan dan pelaburan yang belum diteroka dan memudahkan penglibatan dengan agensi utama negeri dan pihak berkepentingan.

Program itu menampilkan tiga sesi, mengetengahkan inisiatif strategik Sarawak dan peluang pelaburan dalam sektor utama, pembangunan infrastruktur pelabuhan mampan dan pelan hala tuju ekonomi digital serta transformasi digital di Sarawak, dpersembahkan oleh penceramah daripada agensi kerajaan negeri berkaitan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings