the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKDM rampas 70kg dadah bernilai lebih RM2.4 juta

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan tiga cubaan menyeludup dan mengedar dadah melibatkan rampasan kira-kira 70 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM2.4 juta bagi tempoh 7 April hingga 23 April lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata rampasan pertama melibatkan dadah jenis ketamin seberat 6kg dan methamphetamine seberat 27.65 kg masing-masing dianggarkan bernilai RM300,000 dan RM884,800 di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.30 malam, 7 April.

“Dagangan di hantar menggunakan kurier dari Lembah Klang ke Sabah dengan menyalahgunakan nama syarikat penerima yang menjalankan perniagaan ‘hardware’ melalui udara dan barangan diikrarkan sebagai ‘hardware tools’,“ katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Kastam di sini hari ini.

Beliau berkata bagi kes kedua pula, JKDM menyita tiga bungkusan diikrarkan sebagai seluar, namun menjumpai bahan kristal disyaki methamphetamine seberat 40.2kg dianggar bernilai RM1.28 juta dalam bungkusan teh herba Cina semasa serbuan di sebuah premis kurier di Subang Jaya, Selangor pada 8.30 malam, 18 April.

Menurut Sazali dagangan dari cawangan kurier di Kedah yang dihantar ke hab ibu pejabat perkhidmatan kurier itu di Subang Jaya menggunakan laluan darat kemudian akan dihantar ke Kuching, Sarawak menggunakan laluan udara.

“Pembongkaran kes ini susulan kejayaan operasi tangkapan seorang warga tempatan oleh JKDM Sarawak pada 6 Mac melibatkan dadah methamphetamine seberat 45kg, tertuduh juga telah didakwa di mahkamah pada 14 Mac di negeri itu,” katanya.

Beliau berkata dalam kes terakhir pula pihaknya merampas kanabis seberat 1,268 gram dianggar bernilai RM4,000 dalam satu kotak bungkusan diikrarkan sebagai makanan ringan di Pos Malaysia International Hub (PMIH), kargo KLIA pada 12 tengah hari, 23 April.

Menurutnya kesemua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Geohan wins RM40.9m KLCC contract, order book stays at RM420m

The geotechnical specialist has secured a RM40.9 million contract for a two-tower serviced apartment project in Kuala Lumpur, with works scheduled for completion in 2027.

Ancom Nylex net profit rises 28.3% to RM81.4m in FY26

Higher selling prices and improved operational efficiency in its Industrial Chemicals division lifted Ancom Nylex's FY26 earnings to near-record net profit despite ongoing market challenges.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings