the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tuntutan UTC : jangan persoalkan kedaulatan Sabah dalam Malaysia – Hajiji

KOTA KINABALU: “Jangan persoalkan kedaulatan Sabah dalam Malaysia,“ kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebagai menjawab tuntutan terbaru oleh sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka, United Tausug Citizens (UTC).

Hajiji berkata rakyat Sabah telah memilih untuk bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh itu, sebarang tuntutan luar terhadap negeri Sabah tidak akan diiktiraf oleh kerajaan negeri mahupun rakyat.

Beliau berkata kerajaan Sabah mengulangi pendirian tegas kerajaan Persekutuan untuk tidak melayan tuntutan UTC dan Sabah juga mendapat sokongan masyarakat global berhubung perkara itu.

“Kerajaan Negeri menolak sekeras-kerasnya sebarang tuntutan ke atas Sabah yang sama dengan mempersoalkan kedaulatan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia.

“Tuntutan oleh UTC atau mana-mana kumpulan ke atas Sabah, tidak lain hanyalah percubaan remeh semata-mata untuk mengganggu gugat keamanan negeri dan ia sama dengan mengancam kedaulatan negara,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hajiji berkata malah tuntutan pewaris Kesultanan Sulu yang tidak berfungsi serta tidak berasas itu berakhir dengan pemenjaraan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa, katanya.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh UTC yang mendakwa sebagai “penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu” ke atas Sabah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings