the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Azman: Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar

KOTA MARUDU: Pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan perlu bekerjasama untuk membantu kerajaan dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

Beliau berkata peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan untuk tindakan lanjut.

“Kita dalam kerajaan, khususnya di Jabatan Perdana Menteri, tidak tahu apa yang berlaku di luar… kita tidak tahu mana lagi rakyat yang berada dalam golongan miskin tegar.

“Oleh itu kita sangat berterima kasih kepada pemimpin masyarakat dan agensi yang memberi kami laporan dan berdasarkan laporan berkenaan, kita akan turun padang mencari langkah penyelesaian untuk membantu mengeluarkan rakyat berkenaan daripada golongan miskin tegar,” katanya.

Azman berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan ziarah kasih ke sepuluh rumah daif di daerah ini bersama petugas Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Mengulas mengenai program itu, Azman berkata beliau bersama petugas ICU JPM berkunjung ke rumah daif yang telah dipilih untuk menyampaikan sumbangan makanan dan wang.

“Saya sangat terkejut kerana rumah yang didiami sepatutnya tidak boleh didiami. Ada rumah daif yang boleh didiami namun ini rumah daif yang tidak boleh didiami.

“Saya akan meminta laporan terperinci daripada pemimpin tempatan dan pejabat daerah agar dapat segera membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan MADANI khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini dan usaha itu hanya akan dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak khususnya pemimpin masyarakat serta agensi kerajaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings