the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terengganu rekod kemasukan 1.5 juta pelancong suku pertama 2024

KUALA TERENGGANU: Terengganu merekodkan kemasukan 1.5 juta pelancong pada suku pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata jumlah tersebut membabitkan pelancong domestik dan luar negara ke pelbagai lokasi termasuk pulau-pulau peranginan di negeri berkenaan.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan perkembangan yang baik dan dijangka dapat mencapai sasaran 4.5 juta pelancong ke Terengganu tahun ini.

“Untuk suku pertama tahun ini, saya lihat (kemasukan pelancong) agak laju sedikit. Setakat ini dah ada 1.5 juta pelancong yang bermalam dan lawatan balik hari.

“Untuk suku kedua tahun ini, saya belum ada angka, tetapi jika dilihat kepada kadar penginapan, hotel melebihi 80 peratus dan chalet serta resort di enam pulau peranginan juga penuh,“ katanya selepas merasmikan Terengganu International Bike Week 2024 (TIBW) di Dataran Shah Bandar, di sini hari ini.

Pada program hari ini, Razali berkata TIBW yang berlangsung selama lima hari mulai hari ini dijangka menarik kunjungan 15,000 pelancong ke Terengganu.

Menurut beliau, seramai 3,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari 106 kelab di Malaysia,Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia berkumpul di negeri ini untuk meneroka keindahan alam dan mengenali budaya masyarakat setempat.

Beliau berkata TIBW yang merupakan acara tahunan itu turut diselitkan dengan pelbagai program termasuk pameran motosikal berkuasa tinggi, klasik dan skuter menarik.

“Tahun lepas kita berjaya tarik kehadiran 10,000 pelancong sempena TIBW. Tahun ini, kita letak sasaran tinggi sedikit berdasarkan penyertaan lebih banyak kelab,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings