the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pekerja kurier didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan

KOTA BHARU: Seorang bekas pekerja kurier dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 12 tahun, Mac lepas.

Addin Mahsuri Abdul Ariff Nordin, 24, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas kedua-dua mangsa di sebuah rumah di Kampung Tok Akil, Ketereh pada 10.30 malam, 2 Mac lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Sekyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Nik Habri membenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis Ketereh selain syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi.

Mahkamah menetapkan 27 Jun ini bagi sebutan kes serta serahan dokumen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings