the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

171 lelaki Bangladesh jalan kaki beramai-ramai di Kota Tinggi ditahan

KOTA TINGGI: Sebanyak 171 lelaki warga Bangladesh yang berjalan kaki secara beramai-ramai di kawasan Bayu Damai, Teluk Ramunia di sini, hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan, pada Rabu lepas, telah ditahan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada hari sama.

Beliau berkata pihak ATM telah menahan kesemua lelaki terbabit dan kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Menurut Hussin siasatan awal mendapati warga asing yang memiliki dokumen pengenalan diri sah itu berjalan kaki menuju ke Balai Polis Bayu Damai, kira-kira 10 kilometer dari asrama mereka bagi membuat laporan kerana mendakwa tidak mendapat tawaran kerja daripada ejen dalam tempoh tiga hingga enam bulan lepas.

“Kesemua mereka ditahan ketika sedang berjalan kaki di kawasan hadapan simpang masuk Bayu Damai, Teluk Ramunia.

“Difahamkan ejen berkenaan masih belum memperoleh pekerjaan yang sesuai untuk mereka dengan kehendak majikan,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata kesemua lelaki berumur lingkungan 19 hingga 43 tahun itu dibawa ke Jabatan Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 33 saat yang memaparkan lelaki warga asing berjalan kaki secara beramai-ramai sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat di kawasan Bayu Damai, Teluk Ramunia.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings