the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ops Transit: SPRM tahan tujuh individu termasuk seorang pengarah syarikat dan tiga penguat kuasa

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh individu kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang yang mengakibatkan ketirisan cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM3.5 bilion.

Menurut sumber dua wanita dan lima lelaki berumur sekitar 30 hingga 50-an itu ditahan dalam Ops Transit lewat petang semalam di beberapa lokasi sekitar Pelabuhan Klang.

Beliau berkata Mahkamah Majistret Putrajaya menetapkan supaya semua suspek yang terdiri daripada tiga pegawai agensi penguat kuasa, seorang pengarah syarikat dan tiga pekerja syarikat itu direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Sindiket ini dipercayai membuat pengisytiharan palsu dalam Borang Kastam bagi mengelak dikenakan cukai dan pengimportan barangan yang memerlukan permit daripada beberapa agensi seperti Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

“Dalang sindiket ini ialah seorang warga Singapura yang sedang bercuti bersama keluarga di luar negara dan daripada tangkapan itu SPRM telah membekukan sembilan akaun bank milik syarikat dan individu-individu terbabit,” katanya.

Rabu lepas operasi SPRM bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berjaya menahan 19 kontena yang mengandungi pelbagai barangan import membabitkan anggaran kasar termasuk cukai berjumlah kira-kira RM10 juta.

Susulan pemeriksaan, lima daripada kontena itu didapati mengandungi pelbagai jenis barangan bercukai termasuk lampu LED, lampu solar dan tin daging babi yang diproses, sedangkan semua kontena itu diisytihar sebagai barangan import termasuk kerusi roda dan tekstil, bagi mengelak dikenakan cukai.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (b) dan Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata SPRM juga akan menyiasat kes ini di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings