the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tunggu laporan kimia lengkapkan siasatan kemalangan babitkan dua kematian Sabtu lepas

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang menunggu laporan kimia bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan yang mengakibatkan dua maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, di sini, awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata ia membabitkan laporan kimia bagi sampel darah remaja lelaki berusia 16 tahun yang merupakan pemandu kereta yang merempuh sebuah motosikal, menyebabkan penunggang dan pemboncengnya maut.

“Setakat ini polis telah merekodkan keterangan beberapa saksi dan mereka yang terlibat dalam kemalangan, polis juga telah mendapatkan rakaman “dashcam” pemandu kenderaan lain yang berada di lokasi semasa kejadian,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya siasatan kejadian kemalangan itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu, dua selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja terbabit yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori, dan susulan kemalangan itu, polis turut menyaman ibu remaja itu kerana cuai apabila membenarkan anaknya memandu kenderaannya tanpa lesen.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings