the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan – KDN

KUALA LUMPUR: Penguasaan Bahasa Melayu kekal menjadi syarat bagi permohonaan taraf kewarganegaraan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata dalam perkara itu, beberapa proses saringan dilaksanakan antaranya melalui ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.

“Sepertimana yang disyaratkan dalam Perlembagaan Persekutuan, pemohon kewarganegaraan di bawah Perkara 16 hendaklah mempunyai tahap pengetahuan asas Bahasa Melayu manakala pemohon kewarganegaraan di bawah perkara 19 pula hendaklah mempunyai pengetahuan mencukupi Bahasa Melayu.

“Ini bermakna, tahap penguasaan Bahasa Melayu bagi pemohon taraf kewarganegaraan ini diberi keutamaan kerana syarat ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Abdul Nasir Idris yang ingin tahu sejauh mana tahap penguatkuasaan Bahasa Melayu diberi perhatian untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.

Shamsul Anuar berkata setakat November lepas, sebanyak 32,000 permohonan kewarganegaraan diterima Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Setakat Oktober lepas, KDN telah mengeluarkan sebanyak 10,381 keputusan permohonan kewarganegaraan dan jumlah ini melepasi sasaran yang ditetapkan setiap tahun iaitu sebanyak 10,000,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings