the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nenek hantar cucu ke sekolah maut dalam kemalangan

IPOH: Seorang warga emas yang dalam perjalanan menghantar cucunya ke sekolah maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah motosikal dalam kemalangan di Kampung Changkat Kinding dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita berusia 59 tahun itu tersepit di dalam kereta Perodua Viva yang dipandunya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bagaimanapun cucu mangsa, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang turut berada di dalam kenderaan itu tidak mengalami kecederaan, manakala penunggang motosikal iaitu seorang pelajar sekolah lelaki berusia 17 tahun cedera parah.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala kanak-kanak perempuan itu juga dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sabarodzi, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Tambun menerima panggilan pada 7.17 dan operasi tamat sepenuhnya pada 8.03 pagi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings