the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis gesa individu sertai pelaburan XFox Mix Biz tampil buat laporan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa mana-mana individu yang menyertai pelaburan XFox Mix Biz untuk segera tampil dan membuat laporan di balai polis berhampiran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pemilik syarikat yang mendakwa nama dan logo syarikatnya digunakan bagi mempromosi skim pelaburan tersebut.

“Beliau telah menafikan pengetahuan mahupun penglibatan syarikatnya itu dengan skim pelaburan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata dalam usaha membendung kegiatan sindiket penipuan seumpama itu, PDRM mengingatkan masyarakat untuk tidak terpedaya dengan promosi pelaburan menjanjikan keuntungan terlalu lumayan dalam masa yang singkat.

“Dapatkan nasihat serta maklumat lanjut daripada sumber-sumber rasmi seperti Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997, portal Semak Mule, senarai amaran Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan.

“Selain itu, semakan terperinci dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan perlu sentiasa dilakukan sebelum mengambil keputusan untuk menyertai skim pelaburan tertentu,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings