the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KSM tunggu, semak bilangan pekerja asing sebelum buka kuota tambahan

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) perlu menunggu dan menyemak, sama ada bilangan pekerja asing yang dibawa masuk ke Malaysia mencukupi, sebelum membuka semula permohonan dan meluluskan kuota pekerja asing yang ditangguhkan sebelum ini, kata Menterinya V. Sivakumar (gambar).

Sebelum ini, beliau mengumumkan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing termasuk melalui Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing (PKPPA), ditangguhkan bermula 18 Mac sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ditemui pemberita selepas Majlis Iftar KSM di sini hari ini, Sivakumar berkata meskipun terdapat gesaan daripada pemain industri untuk membuka permohonan bagi kuota tambahan, perkara itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dengan mengambil kira pelbagai faktor.

“Sekarang kita beri ruang kepada majikan untuk bawa masuk pekerja. Sementara kita tunggu majikan bawa masuk pekerja asing, kita tidak akan meluluskan sebarang kuota. Kalau benar-benar tidak cukup, keputusan lain akan dibuat kelak,” katanya.

Setakat 14 Mac lepas, KSM telah meluluskan sebanyak 995,396 kuota penggajian pekerja asing daripada pelbagai sektor dan dengan kelulusan itu, ia dijangka dapat memenuhi keperluan guna tenaga asing oleh industri termasuk di sektor kritikal.

Pada 27 Mac lepas, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa agar permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing disambung semula dengan segera, bagi memastikan industri yang memerlukan pekerja berpeluang mengekalkan operasi perniagaan dan memenuhi permintaan dalam tempahan mereka. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings