the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Murid Orang Asli SK Tohoi tidak ke sekolah trauma kejadian histeria

GUA MUSANG: Ibu bapa Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Simpor, dekat sini, mengambil keputusan tidak menghantar anak-anak mereka menghadiri sesi persekolahan sejak dua minggu lepas ekoran bimbang terdapat laporan murid mengalami histeria di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi.

Penduduk Jaafar Along, 58, berkata dia memilih untuk tidak menghantar anak perempuannya yang berusia 11 tahun ke sekolah kerana risaukan keselamatan anaknya.

Jaafar berkata murid-murid lain juga takut untuk ke sekolah justeru ibu bapa juga tidak memaksa anak-anak untuk hadir ke sekolah sejak awal bulan ini.

“Walaupun kejadian histeria berlaku ke atas murid dari Kampung Penad, anak saya yang tinggal di Kampung Simpor turut menjadi takut untuk ke sekolah yang sama kerana dikatakan sudah enam murid mengalami histeria.

“Kami sedar kepentingan pendidikan untuk masa depan anak-anak kami dan berasa kecewa dengan keadaan yang berlaku menyebabkan anak keciciran pembelajaran tetapi saya faham ketakutan anak sama seperti perasaan saya sendiri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Simpor, Pos Simpor, di sini semalam.

Sementara itu, guru Tabika KEMAS Pos Simpor Shera Chele, 32, berkata beliau sangat terkilan melihatkan keadaan anak-anak penduduk yang merupakan murid SK Tohoi hanya menghabiskan masa di rumah ketika ini.

“Sebagai pengajar walaupun hanya di peringkat tabika, saya runsing memikirkan masa depan pembelajaran anak-anak di Pos Simpor. Ada sebahagian daripada mereka datang meminta untuk saya mengajar dan saya hanya mengajar mengikut kemampuan sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Dendi Johari berkata isu ketidakhadiran murid ke sekolah yang telah memasuki minggu kedua dikhuatiri akan memberi impak ke atas anak-anak dalam pengajaran dan pembelajaran.

“Kami tahu dan sedar kepentingan pendidikan untuk anak-anak kami. Tetapi keadaan menjadi sukar untuk memujuk mereka ke sekolah selepas mereka menyaksikan sendiri enam murid dari Kampung Penad mengalami histeria.

“Jadi sekarang kami mencadangkan kepada jabatan pendidikan daerah dan negeri supaya adakan perbincangan dengan pengerusi dan penduduk kampung apa kehendak kita,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings