the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sembilan motosikal, empat skuter elektrik musnah dalam kebakaran di Suria KLCC

KUALA LUMPUR: Sembilan motosikal dan empat skuter elektrik musnah dalam kebakaran di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC, petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata dalam kejadian pada 3.45 petang itu, seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tun Razak dan Keramat telah dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kita mendapati terdapat insiden kebakaran 13 buah motosikal dan empat buah skuter elektrik.

“Sembilan motosikal dan empat skuter elektrik terbakar sepenuhnya manakala empat motosikal yang lain, terbakar antara tiga hingga 20 peratus,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, api dapat dikawal sepenuhnya pada 4.04 petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan selain tiada mangsa terlibat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings