the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Korea Utara anjur persidangan kesatuan wartawan buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun

SEOUL: Korea Utara buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun menganjurkan persidangan kesatuan wartawan dan menggesa ahlinya menjadi “jurucakap yang setia” kepada Parti Pekerja yang memerintah.

Persidangan kesembilan Kesatuan Wartawan Korea berlangsung di Pyongyang pada Isnin dan Selasa, disertai oleh pegawai tinggi media negara termasuk penyampai berita Korean Central TV Ri Chun-hee, lapor Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Pada persidangan itu, pengerusi jawatankuasa pusat kesatuan itu menyeru ahlinya supaya menerima dasar dan pendirian parti pemerintah sebagai “kebenaran mutlak” dan menjadi “jurucakap setia” untuk memimpin pembinaan negara sosialis.

Ahli-ahli sebulat suara mengundi untuk menyemak peraturan kesatuan, namun KCNA tidak memberikan butiran mengenainya.

Selain itu, ahli-ahli kesatuan turut memilih pengerusi dan naib pengerusi baharu jawatankuasa pusat.

Menurut KCNA, persidangan itu berfungsi sebagai peluang penting untuk menambah baik penerbitan dan pelaporan berita dengan menetapkan ideologi parti pemerintah sebagai “garis panduan yang kukuh.” – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings