the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

17 kanak-kanak cedera apabila laluan pejalan kaki di Kanada runtuh

OTTAWA: Seramai 18 orang 17 daripadanya kanak-kanak cedera selepas terjatuh dari laluan pejalan kaki bertingkat di Kanada pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Insiden itu berlaku di Fort Gibraltar di kawasan St. Boniface di Winnipeg, kira-kira 10 pagi (1500 GMT) ketika kanak-kanak berumur 10 hingga 11 tahun dari Sekolah St John’s-Ravenscourt sedang mengadakan lawatan.

Beberapa kanak-kanak terjatuh dari laluan pejalan kaki setinggi lima meter itu ketika kejadian dan yang lain tergelincir.

Tiga daripada mereka yang dibawa ke hospital dalam keadaan tidak stabil.

Jurucakap City of Winnipeg berkata siasatan mengenai tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerjadian akan dijalankan.

“Siasatan awal rekod kami menunjukkan penyelenggaraan telah dibuat di laluan pejalan kaki itu pada 2004 dan 2013,“ kata jurucakap itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings