the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hentikan sengketa politik, beri ruang Hajiji majukan Sabah: PM

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya menghentikan segala sengketa politik di Sabah dan memberi ruang kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk mentadbir serta memajukan negeri itu.

Beliau berkata semua pihak tidak sepatutnya menjadikan politik sebagai medan permusuhan dan adu domba yang tidak berkesudahan di negeri itu sebaliknya mereka perlu berganding bahu tanpa mengira latar belakang politik bagi memajukan Sabah.

“Ada mandat sekarang, gunakan mandat itu untuk jaga negeri ini, pimpinan dipilih, kita pegang amanah bukan khianat, kalau rasa nak bertarung tunggu masa pilihan raya kita bertarung.

“Sekarang bukan masa bertarung, sekarang masa menjalankan amanah mentadbir negeri dan mengangkat martabat negeri serta rakyat,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini semalam.

Turut hadir Hajiji, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Anwar berkata dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan beliau pada Jumaat lepas, antara perkara yang diberi penekanan penting ialah menghapuskan kemiskinan tegar dan kira-kira 130,000 orang kini berada dalam kategori itu.

“Ramai (miskin tegar) di Sabah, jadi dengan apa cara juga, seluruh kekuatan Persekutuan dan negeri kita selamatkan rakyat ini… ini kita katakan tekad politik, bila kita ada tekad politik, kekal jujur, masalahnya daripada diri sendiri, mahu atau tidak, saya percaya rakyat Sabah komited dalam perkara ini,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings