the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas rugi hampir RM500,000 diperdaya pelaburan tidak wujud

SEREMBAN: Seorang suri rumah warga emas di sini kerugian RM476,100 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud melalui satu aplikasi pelaburan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata wanita berusia 60 tahun itu mendakwa menerima pesanan Facebook daripada page tidak dikenali yang menawarkan buku pengurusan kewangan secara percuma berserta satu pautan WhatsApp pada 3 Okt lepas.

Beliau berkata mangsa menekan pautan berkenaan dan dimasukkan ke kumpulan WhatsApp atas nama ‘perbincangan keluarga’ sebelum diminta memuat naik aplikasi ‘forza’ bagi membuka akaun simpanan serta dijanjikan mendapat faedah daripada simpanan itu.

“Melalui aplikasi itu, mangsa perlu memasukkan wang ke nombor akaun bank yang diberikan pentadbir kumpulan WhatsApp itu dan memuat naik slip pembayaran ke dalam aplikasi tersebut.

“Wanita itu kemudian membuat simpanan dalam aplikasi itu melalui 17 transaksi ke dua akaun bank atas nama syarikat berbeza menggunakan simpanan sendiri, anak serta pinjaman daripada rakannya sejak 1 Nov hingga 17 Nov lepas dengan keseluruhan berjumlah RM476,100,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata mangsa kemudian mendapati akaun aplikasi forza miliknya itu disekat apabila mahu mengeluarkan wang faedah.

Beliau berkata mangsa yang menyedari telah ditipu, kemudian membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings