the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johari umum kosongkan kerusi DUN Gurun berkuat kuasa serta-merta

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun Datuk Johari Abdul (foto) mengumumkan keputusan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pembangkang DUN Kedah itu memberitahu bahawa beliau telah mengutuskan sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah Datuk Juhari Bulat dan surat tersebut sah diterima bertarikh 13 Dis 2022.

“Inti pati surat tersebut berbunyi, saya Datuk Johari bin Abdul, dengan ini memaklumkan kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, bahawa saya mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri N22 Gurun yang saya mewakili, berkuat kuasa secara serta-merta,“ katanya dalam pesanan video berdurasi 2.06 minit melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Johari turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Speaker DUN Kedah yang telah memberi ruang kepadanya untuk mengambil bahagian secara aktif dalam persidangan DUN serta berterima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat di Gurun.

“…dan pengundi-pengundi saya di sana, tuan-tuan dan puan-puan telah pun berikan kerjasama yang luar biasa, kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas sebagai ADUN Gurun, insya-Allah kita akan berjumpa lagi dan saya yakin hubungan baik kita akan berkekalan dalam memakmurkan dan membangunkan negeri Kedah,“ katanya.

Ketika ditanya mengenai keputusan untuk mengosongkan kerusi DUN berkenaan, Johari tidak menolak ia kemungkinan berkait dengan pencalonannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

“Kita tunggu esok lah,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Johari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi DUN Gurun dengan memperoleh majoriti 4,207 undi selepas mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.

Sementara itu, Juhari ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kerusi DUN Gurun dikosongkan sehingga berlangsungnya Pilihan Raya Negeri nanti.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 dijadual berlangsung selama dua hari bermula esok antara lain akan menyaksikan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Pada 2 Dis, media melaporkan Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings