the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sukarelawan M’sia di NZ bantu rakan senegara kirim undi pos

KUALA LUMPUR: Memandangkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semakin hampir, sukarelawan Malaysia dari semua lapisan masyarakat di New Zealand (NZ) iaitu golongan profesional yang bekerja, bertindak atas semangat demokrasi menyertai usaha global dalam membantu rakyat senegara menghantar undi pos kembali ke Malaysia.

Sukarelawan Malaysia di NZ di bawah naungan NZ Malaysia Business Association (NZMBA) dan sekretariatnya, Stace Hammond Lawyers, Bersih NZ, menggabungkan kepakaran dan bantuan Global Bersih dan Global Malaysian Network (GMN), menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia. pengundi untuk memastikan undi mereka dikira tepat pada masanya.

“Ia adalah satu tugas yang berat, semangat Malaysia sentiasa wujud dan ia boleh dilakukukan.

“Kami tidak berkempen, kami tidak memihak, kami hanya membantu orang ramai menggunakan hak mengundi mereka dan membantu menyampaikan undi kepada pegawai pengurus pilihan raya masing-masing, semuanya secara percuma,“ kata presiden NZMBA, Dave Ananth dan Setiausahanya Pam Wong- Louis dalam satu kenyataan bersama kepada Bernama.

Kedua-duanya berkata entiti dan individu sukarelawan itu telah menggabungkan tenaga untuk membantu pengundi Malaysia di NZ memahami proses pengundian pos di luar negara dan membimbing mereka dalam pelan logistik yang menjangkau Pulau Utara dan Selatan negara itu, untuk menghantar undi mereka pulang ke Malaysia .

“Setiap undi penting, dan kami mahu undi semua orang sampai ke Malaysia tepat pada masanya,“ kata kenyataan itu, sambil menambah entiti sukarelawan juga berhubung dengan rangkaian penghantaran undi UNDI 18 di Malaysia.

Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada hari Sabtu, 19 Nov berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Okt.

Menurut NZMBA, sukarelawan Malaysia yang berpangkalan di NZ memutuskan untuk mengambil bahagian kerana ramai rakyat Malaysia keliru tentang cara untuk memastikan undi mereka sampai ke tanah air secepat mungkin.

“Ada ramai pelajar, pekerja bercuti, pelancong dan rakyat Malaysia melawat keluarga dari Auckland sehinggalah ke Queenstown selain mereka yang menjadi pemastautin tetap di sini.

Ramai pengundi muda yang akan mengundi kali pertama yang teruja untuk memastikan undi mereka dikira. Tarikh akhir yang ditetapkan sememangnya membimbangkan,“ kataya.

Menurut Pam yang merupakan penyelaras bandar untuk Bersih NZ di bawah payung Global Bersih yang lebih besar, statistik yang diperoleh daripada tinjauan pendapat seluruh NZ yang dijalankan oleh pasukan NZ menunjukkan kertas undi mula tiba di NZ mulai 14 Nov.

“Disebabkan masa yang singkat, mereka perlu menghantar sebanyak mungkin undi yang dikumpul di seluruh NZ ke Malaysia selewat-lewatnya pada 17 Nov 2022, untuk tiba pada hari berikutnya, banyak undi mungkin tertinggal. Namun, setiap undian dikira dan setiap pengundi Malaysia di sini yang telah menghantar undi mereka ke tanah air berbangga dapat memenuhi tugas sivik mereka sebagai warganegara Malaysia.

“Hak untuk mengundi inilah semangat demokrasi yang ada dalam kalangan rakyat Malaysia di seluruh dunia,“ katanya.

Menurut UNDI18, semua sampul undi akan dibawa ke pusat pengasingan di Kuala Lumpur untuk proses pengasingan 222 Parlimen dan 117 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dihantar ke negeri termasuk Sabah dan Sarawak.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings