the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Usaha penyelesaian jangka panjang masalah banjir perlu dimulakan segera: Zahid

PUTRAJAYA: Usaha penyelesaian jangka panjang dalam menangani masalah banjir perlu dimulakan segera termasuk penyediaan tebatan banjir secara holistik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

“Penyelesaian jangka panjang perlu dibuat segera supaya biar selebat manapun hujan, banjir dapat diuruskan dengan baik,“ katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di sini hari ini.

Beliau berkata biarpun kerajaan dimaklumkan ia akan membabitkan kos yang tersangat besar termasuk projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion yang sudah dilaksanakan pentadbiran terdahulu namun apabila siap kelak, ia bakal membabitkan pengurusan banjir sepanjang tempoh sehingga tahun 2100.

“Bagi kawasan yang muka buminya di bawah aras laut, ia hendaklah juga diselesaikan dengan cara jangka panjang kerana masalah banjir termenung ini berlaku di banyak tempat di negara kita.

“Kami telah meminta supaya koordinasi dilakukan dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran agar penyelesaian kepada pemasalahan ini dapat dilakukan dengan segera kerana ia melibatkan berlaku permasalahan pertumbuhan ekonomi dan masalah pencarian kehidupan oleh masyarakat yang terlibat di kawasan banjir termenung berkenaan,“ katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga akan melibatkan sukarelawan untuk bersama-sama menangani dan membantu pengurusan banjir.

“Kami buat pertama kali menjadikan badan sukarela atau sukarelawan untuk bersama-sama dengan jawatankuasa (bencana pusat) dan kita mahu di peringkat nasional, negeri, daerah dan pusat pemindahan sementara dapat diterlibatkan bukan saja mengurangkan beban tugas tapi melihat keberkesanan kepada menyelesaikan masalah-masalah banjir terutama kepada mangsa,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings