the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

350 menara telekomunikasi terjejas banjir dinaik taraf sejak 2014

TUMPAT: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah menaik taraf sebanyak 350 menara telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir seluruh negara, sejak 2014.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata usaha menaik taraf itu turut melibatkan negeri-negeri Pantai Timur termasuk 127 tapak menara telekomunikasi yang terjejas banjir di Kelantan.

“Kita sudah ada senarai untuk seluruh negara tetapi maklumat terperinci akan diberikan nanti, cuma untuk proses menaik taraf di Kelantan ia sedang berjalan dan minta dipercepatkan.

“Usaha ini dilakukan bagi memastikan tiada masalah timbul berkaitan telekomunikasi apabila berlaku bencana banjir dan saya akan pastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya,“ katanya kepada pemberita selepas menziarahi kediaman petugas Jabatan Penerangan (JaPen) Kelantan yang terlibat banjir Disember tahun lepas di Taman Sri Dalam Rhu, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi MCMC Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

Sementara itu, Mohd Ali Hanafiah berkata naik taraf bagi tapak menara telekomunikasi di kawasan dilakukan antara paras satu hingga empat meter (m) dengan kos RM60,000 hingga RM180,000 namun ia bergantung kepada persekitaran dan kesesuaian tempat.

“Semasa banjir Disember tahun lalu, kira-kira 100 tapak menara terjejas akibat pemotongan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kita telah dapat kerjasama yang baik dengan pihak TNB,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings