the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk Baling harap masalah banjir jadi keutamaan wakil rakyat

BALING: Penduduk di Kampung Iboi dan kawasan berhampiran di daerah ini berharap calon yang dipilih mewakili Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini dapat mencari penyelesaian menangani masalah banjir di kawasan berkenaan.

Ketua Kampung Iboi Nor Mohamad Che Hussain berkata sejak tragedi banjir aliran puing pada 4 Julai lepas, sudah sembilan kali kampung-kampung di situ dilanda banjir setiap kali hujan lebat sehingga merosakkan kediaman, harta benda dan kehilangan nyawa.

“Saya dan penduduk kampung menggesa pihak berkenaan segera mendalamkan Sungai Kupang di sini supaya aliran air yang banyak ketika hujan tidak melimpah ke kawasan rumah penduduk yang terletak di kawasan rendah,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Nor Mohamad berkata terdapat 43 rumah berisiko dilanda banjir kilat setiap kali berlaku hujan lebat iaitu 24 rumah di Kampung Padang Empang, 13 di Kampung Dusun dan enam di Kampung Iboi.

Sementara itu, Pengerusi Bekalan Air Masyarakat Kampung Iboi Malik Arshad, 59, berkata kesan daripada tragedi 4 Julai lepas, bekalan air masyarakat yang dahulunya jernih telah bertukar keruh, sekali gus menjejaskan kira-kira 3,000 penduduk yang bergantung kepada bekalan air itu.

“Sudah sekian lama kami menggunakan air masyarakat yang disalurkan dari bukit malah, saya adalah generasi ketiga yang bertanggungjawab memastikan kelancaran bekalan air masyarakat ini sampai ke rumah-rumah penduduk.

“Paip rosak akibat tragedi itu sudah kami ganti, namun air masih keruh walaupun tak hujan,” katanya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pelbagai perancangan akan dilaksanakan bagi membantu penduduk Baling khususnya di kawasan berisiko banjir.

“Saya sudah beritahu kepada semua rakyat Baling projek tebatan banjir akan bermula seawal Januari 2023 memandangkan telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dalam pembentangan bajet bagi pembinaan projek tebatan banjir bernilai RM200 juta di Baling,” katanya.

Bagi calon Pakatan Harapan (PH) Johari Abdullah, kecekapan mengurus projek berkaitan banjir dan bekalan air akan menjadi keutamaannya sekiranya menang pada hari pengundian 19 Nov ini.

Parlimen Baling menyaksikan saingan empat penjuru antara Abdul Azeez, Johari serta dua lagi calon iaitu Basir Ab Rahman (Pejuang) dan Hassan Saad (Perikatan Nasional). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings