the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rakyat Korea Utara kembali pakai pelitup muka hadapi gelombang baharu Covid-19

SEOUL: Bermula Oktober penduduk Korea Utara kembali menggunakan pelitup muka dan pakar kesihatan negara itu menasihatkan orang ramai supaya memakainya sebagai langkah berwaspada terhadap kemungkinan gelombang baharu Covid-19, lapor Agensi Berita Yonhap.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), di Seoul, pada Ahad menyiarkan gambar warga emas memakai pelitup muka semasa menghadiri sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa.

Televisyen Korea juga menyiarkan rakaman pelajar universiti memakai pelitup muka sempena ulang tahun ke-76 penubuhan Universiti Kim ll-sung.

Korea Utara sebelum ini menarik balik semua arahan pemakaian pelitup muka, di dalam atau di luar bangunan. Gambar atau rakaman oleh media negara itu pada September menunjukkan orang ramai tidak lagi memakai pelitup muka di sekolah atau ketika menghadiri perayaan besar.

Bagaimanapun, pada 8 Sept, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka pada November, kerana tahap imuniti boleh merosot seiring penurunan suhu pada tahun itu.

Namun, kira-kira dua minggu kemudian, KCNA melaporkan pakar mengesyorkan orang ramai kembali memakainya bermula pada Oktober.

Korea Utara melaporkan kes pertama Covid-19 pada 12 Mei selepas mendakwa bebas virus itu selama lebih dua tahun dan serta-merta mengisytiharkan sistem kawalan virus “kecemasan maksimum”.

Kemudian pada 11 Ogos, Kim berkata langkah anti wabak Pyongyang telah berjaya melindungi rakyatnya dan mengisytiharkan negaranya bebas virus itu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings