the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis sahkan terima laporan dokumen bocor berkaitan draf penghakiman kes Najib

PUTRAJAYA: Polis telah menerima dua laporan mengenai dokumen tular berkaitan draf penghakiman rayuan akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai laporan yang diterima petang semalam.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi.

“Pernyataan pengadu dan pegawai komunikasi korporat telah diambil. Pernyataan beberapa orang lagi akan diambil,“ menurutnya dalam kenyataan melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata pegawai mahkamah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Semalam, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam satu kenyataan turut mengesahkan draf penghakiman bertulis bertajuk ‘Najib Razak’s SRC Appeal: The Judgement’ didapati bocor namun menegaskan ia belum dimuktamad dan dokumen itu telah diubah suai.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings