the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong mahu rakyat sokong RUU kawalan produk tembakau

SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga terhadap usaha kerajaan dalam menjamin dan memelihara kesihatan generasi akan datang, menerusi pembentangan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di parlimen baru-baru ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah secara peribadi baginda merasakan perkara itu adalah satu usaha yang cukup murni, dan berharap seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan dan dokongan supaya Rang Undang-undang itu dapat dikaji dan diteliti.

“Baru-baru ini saya begitu bangga setelah mendapat maklum daripada kerajaan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), satu lagi Rang Undang-undang yang dibentang di parlimen berkaitan Rang Undang-undang (mengenai) kawalan tembakau dan rokok telah diputuskan untuk dikaji lebih mendalam,” titah baginda ketika merasmikan Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH) di Setia Alam hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan majlis turut dihadiri Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan isteri Nori Abdullah.

Pada 2 Ogos lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul supaya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang meletakikan sasaran untuk melahirkan Generasi Penamat (GEG) bagi merokok menjelang tahun 2040, dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Dari segi pelaksanaannya terpulang kepada pihak kerajaan untuk menentukan cara dan bila melaksanakannya. Jadi ini adalah satu usaha terbaik, bagi saya untuk menjaga kesihatan generasi akan datang lebih terpelihara dan terjamin, untuk mendapat satu tahap kesihatan yang lebih baik,” titah Seri Paduka.

Baginda bertitah anak-anak muda perlu dididik untuk mengamalkan amalan-amalan terbaik agar perkara yang boleh menjejaskan kesihatan dapat dikurangkan, dan paling penting dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan di hospital-hospital dalam negara.

Pada masa yang sama, baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga kerja Kementerian Kesihatan yang memberi perkhidmatan terbaik sewaktu negara memerangi COVID-19.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Khairy atas pelantikan beliau sebagai Naib Presiden bagi Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 yang secara tidak langsung memberi pengiktirafan kepada beliau dan Malaysia.

Mengenai penubuhan Kompleks NIH, Yang di-Pertuan Agong bertitah ia merupakan satu lagi titik tolak penanda aras bagi masa hadapan untuk membawa soal-soal kesihatan ke tahap yang lebih baik demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings