the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis jejak tahanan Rohingya lari dari Depot Imigresen di pasar borong Selayang

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan melakukan pemantauan di Pasar Borong Selayang dan lokasi sekitarnya susulan terdapat dakwaan berhubung tahanan Rohingya yang lari dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap pada 20 April lepas kini berada di kawasan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya sedia membantu Jabatan Imigresen mengesan saki-baki tahanan Rohingya yang masih bebas.

“Kita akan cuba sedaya upaya kesan mereka yang masih belum ditangkap atau menyerah diri… itu antara tindakan diambil, sama ada kita pergi ke Pasar Borong Selayang atau tempat lain,“ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 18/2022 peringkat kontinjen Kuala Lumpur di Balai Trafik Jalan Tun HS Lee hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang tidak menolak kemungkinan tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap kini berada di Selayang.

Khairul Dzaimee berkata demikian selepas menjalankan operasi di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian pada 20 April lepas, sejumlah 528 tahanan di depot itu merusuh sebelum melarikan diri dan enam daripada mereka maut akibat dirempuh kereta ketika cuba melintas jalan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Setakat semalam, seramai 61 tahanan masih bebas dan usaha mengesan mereka masih diteruskan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings