the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus meningkat pagi ini

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan pagi ini.

Di TERENGGANU, jumlah penduduk terjejas banjir meningkat kepada 4,335 orang daripada 1,287 keluarga pagi ini berbanding 3,334 orang daripada 931 keluarga malam tadi.

Ketika ini, terdapat 89 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di lapan daerah di Terengganu iaitu 22 di Setiu, Kemaman (21), Besut (19), Hulu Terengganu (14), Kuala Nerus (lima), Dungun (lima), Kuala Terengganu (dua) dan Marang (satu).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah tertinggi mereka yang dipindahkan ke PPS masih di daerah Kemaman iaitu 2,152 orang, diikuti Setiu (802), Hulu Terengganu (637), Besut (370), Kuala Nerus (173), Dungun (138), Kuala Terengganu (58) dan Marang (lima).

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal rasmi info banjir https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tujuh sungai di empat daerah masih melepasi paras bahaya pagi ini iaitu Sungai Nerus, Sungai Setiu dan Sungai Chalok di daerah Setiu; Sungai Berang dan Sungai Telemong (Hulu Terengganu), Sungai Besut (Besut) dan Sungai Kemaman (Kemaman).

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,222 orang daripada 1,034 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 2,993 orang daripada 881 keluarga, semalam.

Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sebanyak 33 PPS dibuka melibatkan lima jajahan iaitu 10 di Pasir Mas, masing-masing sembilan di Kuala Krai dan Tanah Merah, empat di Jeli manakala satu di Pasir Puteh.

Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS memaklumkan dua sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Temangan, Machang dengan merekodkan bacaan 21.38 meter (m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (25.05 m).-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings