the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perhilitan tangkap buaya tembaga 100kg di ladang sawit Port Dickson

PORT DICKSON: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Sembilan berjaya menangkap seekor buaya tembaga seberat lebih 100 kilogram di ladang sawit Guthrie Linggi.

Buaya sepanjang tiga meter itu ditemui tersesat dalam parit ladang sawit pada petang semalam.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan Faizal Izham Pikri berkata reptilia tersebut dipercayai terperangkap dalam kawasan paya berlumpur sebelum disedari pekerja ladang.

“Pasukan Perhilitan tiba di lokasi kira-kira 3.30 petang dan mendapati seekor buaya tembaga berada dalam keadaan terperangkap di kawasan berlumpur di ladang sawit tersebut.

“Operasi tangkapan dilakukan pada 3.40 petang dengan bantuan tiga anggota Perhilitan dan tujuh pekerja ladang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Buaya tembaga itu kemudiannya dihantar ke Kolam Buaya Jabatan di Paya Indah Wetlands, Selangor.

Orang ramai dinasihatkan supaya segera menghubungi Perhilitan atau pihak berkuasa sekiranya terlihat atau diganggu oleh hidupan liar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings