SINGAPURA: Tiada âVarian Singapuraâ, kata Kementerian Kesihatan negara ini sekali gus menafikan beberapa laporan berita di India yang mengatakan terdapat varian baharu di Singapura.
âStrain yang terdapat dalam banyak kes Covid-19 sejak beberapa minggu lalu adalah varian B.1.617.2, berasal dari India. Ujian filogenetik menunjukkan varian B.1.617.2 ini dikaitkan dengan beberapa kluster Singapura.
âLaporan yang dikeluarkan itu tidak benar,â kata jurucakap kementerian dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Kementerian itu merujuk laporan Hindustan Times yang memetik Ketua Menteri New Delhi Arvind Kejriwal menerusi berita bertajuk âCoronavirus variant found in Singapore can be Indiaâs 3rd wave, extremely dangerous for kids, warns Arvind Kejriwalâ.
âPortal berita India NDTV turut mengeluarkan laporan bertajuk âStop Singapore Flights: Arvind Kejriwal To Centre Over New Covid Strainâ.
Kedua-dua laporan itu diterbitkan pada 18 Mei. -Bernama









