the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
33.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan pertimbang semula subsidi diesel nelayan Zon C2

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Kerajaan sedang pertimbang kembalikan subsidi diesel nelayan Zon C2 yang dihentikan sejak 2019, dengan kajian implikasi fiskal dan dasar.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan subsidi diesel kepada nelayan Zon C2 yang telah dihentikan sejak 2019.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata dasar rasionalisasi subsidi sebelum ini turut mengurangkan kuota diesel nelayan daripada 80 juta liter kepada 70 juta liter.

“Kerajaan kekal prihatin terhadap kebajikan nelayan serta memahami cabaran operasi yang dihadapi pemilik vesel Zon C2,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.

Beliau menekankan pertimbangan mengembalikan subsidi itu masih dibincangkan di peringkat tertinggi kerajaan.

“Pertimbangan ini memerlukan penelitian menyeluruh terhadap implikasi fiskal dan dasar sedia ada,” jelas Arthur.

Sementara itu, KPKM sedang melaksanakan pemetaan digital berasaskan Sistem Maklumat Geografi untuk memperkukuh pengurusan sumber air pertanian.

Projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Geospatial Negara dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2026.

Arthur berkata pemetaan ini akan menjadi asas kepada pembangunan pangkalan data bersepadu bagi infrastruktur pertanian di seluruh negara.

“Ini merupakan langkah penting ke arah pengurusan sumber air yang moden, cekap dan berimpak tinggi,” katanya.

Ketika ini, pemodenan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian dilaksanakan melalui sistem automasi dan sistem SCADA.

Dewan Rakyat meluluskan anggaran perbelanjaan berjumlah RM6.868 bilion untuk KPKM dalam Belanjawan 2026.

Peruntukan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 23 Ahli Parlimen. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Louis Vuitton celebrates 130 years of the Monogram

Louis Vuitton marks the 130th anniversary of its iconic Monogram with the Monogram 130 collection, featuring heritage-inspired small leather goods, seasonal designs and new creations by Pharrell Williams that blend timeless craftsmanship with contemporary luxury.

Hong Kong SMEs accelerate transformation as AI and Northern Metropolis unlock new opportunities, Dah...

A Dah Sing Bank survey found Hong Kong SMEs are accelerating digital transformation, with rising AI adoption and strong interest in opportunities linked to the Northern Metropolis, while capability gaps and resource constraints remain key challenges to broader business transformation.

A SIM guide to comparing graduate salaries and employability in Singapore

SIM outlines how students and parents can evaluate graduate salaries, employability and return on investment by considering employment outcomes, career support, industry pathways and long-term skills relevance alongside data from Singapore's PEI Graduate Employment Survey.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings