the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua ahli perniagaan ditahan kes ugutan jenayah kontraktor Pasir Puteh

Dua ahli perniagaan tempatan direman sehari di Mahkamah Majistret Pasir Puteh kes ugutan jenayah terhadap kontraktor akibat urusan kerja

PASIR PUTEH: Dua ahli perniagaan tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah terhadap seorang kontraktor pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata kedua-dua suspek ditahan semalam selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati berkaitan urusan kerja,” katanya.

Zaizul berkata kedua-dua suspek berusia 35 dan 39 tahun kini direman sehari di Mahkamah Majistret Pasir Puteh bagi membantu siasatan lanjut.

“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Aiman Azahan,” ujarnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings