the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
33.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parlimen bincang isu maid-scammer dan kemiskinan tegar hari ini

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Dewan Rakyat bincang agensi pembantu rumah tidak berlesen, kemiskinan tegar, harga kurier dan cukai mewah dalam sidang hari ini.

KUALA LUMPUR: Isu agensi pengambilan pembantu rumah tidak berlesen dan usaha menoktahkan kemiskinan tegar antara perkara utama dibincangkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) meminta Menteri Sumber Manusia nyatakan jumlah kes maid-scammer direkodkan dalam tempoh tiga tahun.

Beliau juga ingin tahu langkah tegas kementerian dan agensi penguatkuasaan bagi membanteras penipuan dan melindungi mangsa.

Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) pula bertanya kepada Menteri Ekonomi mengenai perkembangan usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.

Soalannya menyentuh halangan dihadapi kerajaan dalam mencapai sasaran tersebut.

Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengemukakan soalan kepada Menteri Komunikasi mengenai data syarikat kurier dan pegangan pasaran.

Beliau juga bertanya sama ada kementerian akan menetapkan harga lantai untuk perkhidmatan penghantaran kurier.

Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) bertanyakan Menteri Kewangan mengenai mekanisme baharu pungutan cukai terhadap golongan kaya dan pemilik barangan mewah.

Soalan itu timbul selepas Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) dibatalkan.

Persidangan kemudian diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Louis Vuitton celebrates 130 years of the Monogram

Louis Vuitton marks the 130th anniversary of its iconic Monogram with the Monogram 130 collection, featuring heritage-inspired small leather goods, seasonal designs and new creations by Pharrell Williams that blend timeless craftsmanship with contemporary luxury.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings