the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli perniagaan didakwa suap bekas setiausaha politik PM RM176,829

Albert Tei didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan memberi suapan RM176,829 kepada bekas setiausaha politik PM bagi kelulusan lesen mineral Sabah

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memberi suapan berjumlah RM176,829.03.

Albert Tei Jiann Cheing, 37, didakwa memberi wang tunai dan barangan kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Tujuan suapan itu adalah untuk membantu mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Tei mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham (pertuduhan), saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” katanya.

Dua pertuduhan membabitkan pemberian wang tunai RM100,000 dan RM40,000 kepada Shamsul Iskandar.

Perbuatan itu didakwa berlaku di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin dan di sebuah premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya.

Ia dilakukan antara 24 November 2023 dan 29 Januari 2024.

Dua pertuduhan lain membabitkan pemberian perabot dan barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249.

Suapan barangan itu didakwa diberikan di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya dan di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya.

Ia berlaku antara 7 Disember 2023 dan 5 Mac 2024.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories