the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 18, 2025
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PBB gesa jentera aktif maklumkan pengundi muda layak mengundi PRN Sarawak

PBB mahu jentera parti aktif maklumkan pengundi baharu berusia 18 tahun di Sarawak mengenai kelayakan mengundi pada PRN akan datang

SIBU: Jentera pilihan raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diminta bergerak aktif memaklumkan pengundi baharu berusia 18 tahun di Sarawak bahawa mereka layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri yang dijangka diadakan pada akhir tahun depan.

Naib Presiden PBB Datuk Dr Annuar Rapaee berkata masih banyak golongan muda tidak menyedari kelayakan itu kerana beranggapan mereka perlu mendaftar sebagai pengundi seperti sebelum ini.

Beliau berkata PRN akan datang adalah kali pertama golongan berkenaan terlibat sebagai pengundi, justeru penerangan yang jelas perlu diberikan bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan betul.

“Saya mendapati masih banyak anak muda beranggapan mereka belum cukup umur untuk mendaftar sebagai pengundi, sedangkan mereka sudah layak mengundi,” katanya.

Beliau berkata ini menunjukkan tahap kesedaran masih rendah dan jumlah mereka adalah besar.

Dr Annuar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra PBB Sibu di Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu di sini malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak serta ADUN Nangka berkata mandat besar penting bagi mengekalkan kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mandat itu diperlukan untuk meneruskan agenda pembangunan negeri.

Sehubungan itu, beliau meminta semua cawangan PBB di Sibu termasuk Dudong, Bukit Assek, Pelawan, Bawang Assan dan Nangka memperkemaskan jentera masing-masing.

Persediaan ini penting sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

The Team Behind Casket Fairprice Launches Everpet, a Pet Funeral Company in Singapore

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 17 December 2025 - The team behind Casket Fairprice, a recognised funeral provider in Singapore, has launched Everpet, a company dedicated to the local pet funeral business.
spot_img

Popular Categories