the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 17, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kelantan bentang pindaan enakmen jenayah syariah Mac depan

Kerajaan Kelantan akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 2019 dalam sidang DUN Mac tahun depan selepas proses perhalusan selesai.

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Negeri Kelantan 2019 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri pada Mac tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata ketetapan itu dibuat selepas rang undang-undang berkenaan telah diperhalusi sepenuhnya oleh jawatankuasa pelaksana.

“Kita jangka RUU ini akan dapat kita bentang dalam sidang DUN Mac tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Beliau berkata RUU itu sepatutnya dibentangkan tahun ini, namun terpaksa ditangguhkan berikutan beberapa pindaan perlu dilakukan hasil teguran beberapa ahli jemaah.

Menurutnya, pindaan enakmen bukan sesuatu yang mudah dan perlu dilakukan dengan cermat agar menepati apa yang termaktub dalam perlembagaan negara.

“Pindaan semula enakmen ini kita lakukan sebaik mungkin,” katanya.

Pada Mac tahun lepas, DUN Kelantan telah meluluskan usul untuk menggubal semula 16 kesalahan dalam enakmen tersebut.

Enakmen itu diisytihar batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari tahun lepas.

Keputusan itu dibuat selepas panel sembilan hakim membenarkan petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya.

Related

spot_img

Latest

Iranian boxer faces imminent execution after retrial rejected

Iranian boxer Mohammad Javad Vafaei-Sani is at imminent risk of execution after his retrial request was rejected, sparking international condemnation from athletes and rights groups.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories