the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki didakwa bunuh nenek, cederakan moyang di Baling

Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh nenek dan mencederakan moyangnya di Kuala Ketil, Baling minggu lepas.

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh neneknya dan mencederakan moyangnya di Kuala Ketil, Baling minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Farhan Zulkefli, 21, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Dia didakwa membunuh Halimah Hashim, 65, di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil pada 16 Disember.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan.

Muhammad Farhan turut didakwa mencederakan Mariyam Ariffin, 80, dengan menggunakan sebilah parang di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Noor memaklumkan tertuduh sedang menerima rawatan psikiatri di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan laporan psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 6 Januari tahun hadapan untuk mendapatkan laporan daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Sebelum ini, media melaporkan seorang warga emas maut ditikam cucunya manakala ibu mangsa parah akibat ditetak dalam kejadian di rumah tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings