the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Abang Johari: RM50 juta peruntukan untuk Sukma 2024 dari aspek operasi

KUCHING: Sarawak memperuntukkan RM50 juta kepada Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) sebagai sebahagian daripada persediaannya untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-21 tahun depan.

Peruntukan itu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar) ketika membentangkan belanjawan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, adalah untuk aspek operasi sukan seperti membangunkan bakat sukan, aktiviti pembangunan sukan dan mengendalikan infrastruktur sukan.

Beliau berkata inisiatif itu di bawah teras strategik kesembilan Belanjawan 2024 negeri yang bertujuan menggalakkan pemerkasaan sukan dan belia.

“Dengan matlamat kami untuk menjadi kuasa sukan negara dan komitmen bagi membangun dan mengurus sukan secara profesional, kerajaan melalui SSC secara konsisten memajukan landskap sukan kita dari peringkat akar umbi melalui kerjasama dengan sekolah dan agensi sukan lain,“ katanya.

Dalam usaha untuk menjadi juara Sukan Sukma 2024, beliau berkata sejumlah RM69.35 juta diperuntukkan kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) untuk menyediakan latihan, pertandingan dan peralatan sukan terkini untuk atlet mereka.

Abang Johari berkata kerajaan negeri juga akan menyediakan peruntukan RM75 juta untuk membaik pulih kemudahan sukan sedia ada bagi memenuhi piawaian antarabangsa.

Beliau berkata Perkampungan Sukan Sarawak (SSV), Padang Kriket dan Ragbi Petra Jaya serta Pusat Wushu, yang dijangka siap tahun depan, akan membolehkan negeri itu membida dan menjadi tuan rumah acara antarabangsa utama seperti Sukan Antarabangsa Borneo, Sukan SEA dan Sukan Komanwel. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings