the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli ekonomi: Nilai ringgit dijangka lebih baik susulan pembaharuan struktur berterusan kerajaan

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dijangkakan lebih baik daripada sekarang susulan sokongan daripada pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan kerajaan pada masa ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata turun naik mata wang, terutamanya bagi ringgit, adalah perkara biasa dan sering didorong oleh penunjuk makroekonomi memandangkan Malaysia adalah negara perdagangan terbuka.

“Melihat kepada petunjuk makroekonomi, lebihan akaun semasa bagi 2023 kekal pada 1.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai simpanan yang boleh digunakan untuk pelaburan dalam negara.

“Pasaran buruh kita berada dalam status guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran yang lebih rendah sebanyak 3.3 peratus pada akhir 2023. Dalam erti kata itu, nilai ringgit sepatutnya lebih baik daripada apa yang ada pada masa ini,“ katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam menyatakan disebabkan oleh impak sentimen terhadap penilaian mata wang, adalah sukar untuk membuat jangkaan mengenai isu itu.

Tidak perlu menekan butang panik

Dalam satu kenyataan semalam (20 Feb), Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata bank pusat itu berpandangan bahawa paras semasa ringgit tidak menggambarkan prospek positif ekonomi Malaysia.

“Mempertimbangkan perkembangan positif ini dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan reformasi struktur, termasuk jangkaan penurunan kadar faedah dalam ekonomi maju, kebanyakan penganalisis menjangkakan ringgit meningkat tahun ini,” kata beliau.

Mohd Afzanizam mengatakan bahawa Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal juga penting kepada reformasi fiskal yang berterusan bagi memastikan tadbir urus dan ketelusan dalam mengurus kewangan awam dan risiko fiskal.​

“Apa yang boleh dilakukan ialah kita terus mengekalkan pembaharuan struktur seperti langkah-langkah cukai pembetulan, rasionalisasi subsidi, yang akan terus menarik pelabur-pelabur berkualiti dan menangani isu-isu teras.

“Memandangkan paras hutang Malaysia adalah dalam mata wang mata wang tempatan dan bukan hutang luar negeri, kita tidak perlu menekan butang panik,“ katanya.

Kelemahan ringgit hanya sementara

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kelemahan semasa ringgit adalah sementara kerana pasaran global, terutamanya rakan dagangan terbesar Malaysia, iaitu China sedang mengimbangi semula trend inflasi mereka.

Beliau menyifatkan penyusutan nilai ringgit sekarang sebagai reaksi yang berlebihan.

“Namun, konteks yang lebih luas bagi banyak negara Asia yang bergelut di bawah keadaan kewangan yang ketat, terutamanya yang bergantung kepada pembiayaan dalam denominasi dolar AS, menjadikan akses pendanaan luar terlalu mahal,” kata Innes.

Beliau juga berkata walaupun nilai ringgit semasa memberi manfaat kepada pengeksport dalam ekonomi yang bergantung kepada perdagangan, inflasi global yang tinggi telah melembapkan permintaan produk, justeru, ringgit menghadapi dinamik dua pilihan yang sukar.

“Ringgit dikatakan boleh memberi manfaat kepada industri pelancongan di Malaysia dalam jangka pendek.

“Tetapi kami berpendapat paras 4.80 adalah berlebihan, terutamanya dengan jangkaan pemotongan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada separuh kedua tahun ini,“ katanya.

Selain ringgit, baht Thailand juga bergelut dengan pemotongan kadar faedahnya bagi meningkatkan ekonomi tempatan dan Innes percaya BNM juga berada dalam situasi yang sama.

“Bagaimanapun, mengurangkan kadar faedah mungkin menyebabkan ringgit lagi lemah dalam jangka pendek,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings